SALAM UKHUWAH

SALAM UKHUWAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dunia tanpa sempadan telah menjadi laungan dan inspirasi kepada warga pendidik. Sehubungan itu, sistem pendidikan telah turut teranjak untuk diangkat bertaraf dunia. Teknologi maklumat telah menjadi medium pembelajaran masa ini. Oleh itu, saya turut menyedia sistem pembelajaran secara online untuk kemudahan murid-murid untuk belajar secara akses kendiri. Selamat belajar secara online.

PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA)

1. PAFA dilaksanakan melalui sistem Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR). Ini bermakna , penilaian ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

2. Tempoh penilaian ini dilaksanakan sepanjang tahun peperiksaan. Proses penilaian pula akan diselesaikan sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.

3. Penilaian akan dilaksanakan menurut dua cara, iaitu
(a) Lisan - untuk menentukan bahawa murid mencapai pemahaman yang sebenarnya.

(b) Amali - untuk menentukan murid dapat melakukan ibadah yang ditentukan dengan betul dan sempurna.

3. Kandungan penilaian PAFA untuk sekolah rendah meliputi 10 tajuk yang terdiri daripada 17 soalan.

Saturday, January 21, 2012

PUASA

v KOD 12 PUASA

SOALAN: Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.

JAWAPAN

Lafaz niat puasa Ramadhan:

SOALAN: Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.

JAWAPAN

Perkara yang membatalkan puasa ialah:
1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan persetubuhan pada siang hari
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
6. Keluar darah haid dan nifas
7. Gila
8. Mabuk atau pengsan pada siang hari
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
10. Murtad

SOALAN: Nyatakan hikmat puasa.

JAWAPAN

Antara hikmat puasa:
1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah.
2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa,
3. Dan bersyukur.
4. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan.

Read more...

SOLAT FARDHU

(a) Lafazkan bacaan-bacaan di bawah ini.


1. Takbiratul ihram
2. Lafaz niat solat lima waktu
3. Doa iftitah
4. Al-Fatihan
5. Surah pendek daripada ayat lazim untuk rakaat pertama dan kedua.
6. Tasbih ruku
7. Doa duduk antara dua sujud
8. Bacaan tahiyat awal dan akhir
9. Salam
10.Qunut

(b) Tunjukkan cara solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh yang betul.

Read more...

AZAN DAN IQAMAH



(a) Lafazkan azan Zuhur dan Subuh dengan sempurna.



(b) Lafazkan jawab azan dengan betul.

(c) Lafazkan iqamah dengan sempurna

(d) Lafazkan jawab iqamah dengan sempurna

(e) Lafazkan doa selepas azan dan iqamah

Read more...

MANDI WAJIB

v KOD 08 CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).

SOALAN: Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

JAWAPAN

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:

1. Keluar mani.
2. Haid.
3. Janabah (bersetubuh)
4. Wiladah.
5. Nifas.
6. Mati, selain mati syahid.

SOALAN: Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

JAWAPAN

Cara mandi wajib.

1. Meratakan air keseluruh tubuh badan

2. disertai dengan niat mandi hadas.

Read more...

KOORDINAT PPD SANDAKAN

FORMAT LAPORAN PAFA

CONTOH FAIL PBS-PAFA


PENAFIAN : Pihak Pengurusan Blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP