SALAM UKHUWAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dunia tanpa sempadan telah menjadi laungan dan inspirasi kepada warga pendidik. Sehubungan itu, sistem pendidikan telah turut teranjak untuk diangkat bertaraf dunia. Teknologi maklumat telah menjadi medium pembelajaran masa ini. Oleh itu, saya turut menyedia sistem pembelajaran secara online untuk kemudahan murid-murid untuk belajar secara akses kendiri. Selamat belajar secara online.
PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA)
1. PAFA dilaksanakan melalui sistem Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR). Ini bermakna , penilaian ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
2. Tempoh penilaian ini dilaksanakan sepanjang tahun peperiksaan. Proses penilaian pula akan diselesaikan sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.
3. Penilaian akan dilaksanakan menurut dua cara, iaitu
(a) Lisan - untuk menentukan bahawa murid mencapai pemahaman yang sebenarnya.
(b) Amali - untuk menentukan murid dapat melakukan ibadah yang ditentukan dengan betul dan sempurna.
3. Kandungan penilaian PAFA untuk sekolah rendah meliputi 10 tajuk yang terdiri daripada 17 soalan.
0 comments:
Post a Comment